Privacy Policy - Malay

DASAR PRIVASI

PENGENALAN
Dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) dan peraturanperaturannya dan sebagai sebahagian daripada komitmen kami dalam perlindungan privasi anda, termasuk mana-mana individu dan/atau badan korporat yang di mana data peribadi dan/atau maklumat yang telah dan/atau akan dikumpulkan dan diproses oleh kami yang berkaitan dengan semua jenis transaksi atau urusan, Persatuan
AIESEC Malaysia (“AIESEC” atau “kami”) telah merumuskan dasar ini untuk memaklumkan anda tentang hak anda berkaitan dengan data peribadi dan/atau maklumat anda.

1. PENGUMPULAN DAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI DAN/ATAU MAKLUMAT
Kami telah dan akan mengumpul data peribadi dan/atau maklumat anda untuk diproses oleh kami bagi pihak anda untuk urusan pada masa kini atau masa depan anda dengan AIESEC, termasuk semua pekerjanya dan/atau orang yang dibenarkan. Data peribadi dan/atau maklumat anda membolehkan kami mencapai tujuan-tujuan dalam Kausa 3 di sini.

2. SIFAT DATA PERIBADI DAN/ATAU MAKLUMAT
Data peribadi dan/atau maklumat yang anda menyediakan termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, umur, nombor kad pengenalan atau nombor paspot atau nombor syarikat, alamat surat menyurat, alamat pejabat, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, butir-butir kanak-kanak dan/atau penjaga, pekerjaan, maklumat kenalan, termasuk alamat e-mel, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah, nombor faks, dan nombor telefon pejabat, butir-butir kad kredit dan debit, butir-butiran tanggungan dan/atau ahli keluarga, bangsa,
kewarganegaraan.

3. TUJUAN-TUJUAN
Pengumpulan dan pemprosesan data peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan-tujuan berikut:
  a) Perjanjian dan Urus Niaga
    • Semua jenis transaksi yang menyebabkan kemasukan perjanjian yang perlu, kontrak, permohonan program, pendaftaran acara, memorandum, dan/atau urusan yang bersampingan dan berkaitan dengan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh kami;
    • Penilaian kredit dan semakan latar belakang lain yang kami fikirkan perlu atau sesuai;
    • Pungutan pembayaran tertunggak daripada anda di bawah perjanjian-perjanjian;
    • Penghantaran notis, dokumen, borang, dan dokumen lain di bawah perjanjian-perjanjian, kontrak-kontrak, memorandummemorandum dan / atau aturan urusan lain; dan
    • Pelaksanaan obligasi-obligasi lain yang perlu di bawah perjanjian-perjanjian, kontrak-kontrak, memorandummemorandum dan/atau aturan urusan lain.
  b) Perkhidmatan
    • Untuk berkomunikasi dan berhubung dengan anda bagi perkhidmatan yang akan dilaksanakan oleh kami;
    • Untuk menangani pertanyaan dan/atau memberi respons terhadap permintaan dan/atau komen ada; dan
    • Untuk memproses permohanan program dan pendaftaran acara.
  c) Rekod Dalaman & Luaran (Pemasaran)
    • Pemasaran perkhidmatan kami kepada anda sama ada pada masa kini atau masa depan;
    • Bagi tujuan-tujuan yang berkaitan dengan mana-mana di atas, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyelidikan, penanda aras dan analisisa statistik;
    • Penyimpanan rekod dalaman; dan
    • Pengurusan latihan kakitangan dan jaminan kualiti.
  d) Pematuhan Undang-undang
    • Pematuhan kepada mana-mana undang-undang atau peraturan terpakai yang berkaitan dengan perkhidmatan / produk kami dan untuk mendedah di bawah keperluan mana-mana undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, perintah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod berkenaan kepada kami atau mana-mana yang berkaitan, anak syarikat, syarikat-syarikat berkaitan dalam kumpulan kami; dan
    • Siasatan, jawapan dan pembelaan segala tuntutan terhadap AIESEC.

4. SUMBER
Sumber-sumber yang kami memperoleh data peribadi dan/atau maklumat anda termasuk tetapi tidak terhad kepada borang tempahan, borang pendaftaran, borang online, kad nama atau mana-mana bahan pengenalan yang telah diedarkan secara sukarela melalui laman web, telefon bimbit dan/atau pusat panggilan; dan direktori perniagaan atau senarai yang anda telah melanggan untuk berkongsi maklumat anda, atau melalui komunikasi dan interaksi kami dengan anda dengan cara lain, atau melalui pihak ketiga dan dari maklumat yang mungkin terdapat dalam domain awam.

5. PENDEDAHAN
Secara amnya, data peribadi dan/atau maklumat anda dengan kami akan dirahsiakan. Dengan ini, anda telah bersetuju dan memberi kuasa kepada kami untuk mendedahkan data peribadi anda kepada kategori pihak berikut:
  a) Juruaudit kami , perunding, akauntan, peguam atau penasihat profesional yang lain sebagaimana yang kami fikirkan perlu dan sesuai;
  b) Mana-mana pihak ketiga berurusan secara umum dengan perkhidma
  c) Mana-mana pihak yang kami diwajib atau dikehendaki bawah undangundang atau sebagai tindakbalas kepada suatu pihak berkuasa tempatan atau negeri atau persekutuan, pengawal selia industri , agensi penguatkuasa, pihak berkuasa berkanun, mahkamah, tribunal, pusat timbang tara, pesuruhjaya atau majlis atau persatuan undang-undang yang diberi kuasa oleh undang-undang.

6. KEWAJIPAN ANDA
Adalah wajib bagi anda untuk membekalkan data peribadi dan/atau maklumat anda kepada kami dengan kaedah yang paling tepat. Sekiranya anda tidak membekalkan data peribadi anda, kami tidak dapat memproses data peribadi dan/atau maklumat anda untuk anda bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Kausa 3 sini dan semua hubungan yang diwujudkan atau yang akan diwujudkan antara kami hendaklah kemudiannya ditamatkan dan diberhentikan sertamerta.

7. HAK-HAK ANDA
  a) Hak meminta akses kepada data peribadi dan/atau maklumat
    • Anda berhak untuk meminta akses kepada data peribadi anda yang diproses oleh kami dengan notis yang munasabah dan membayar fi yang ditetapkan.
  b) Hak meminta pembetulan data peribadi dan/atau maklumat
    • Anda berhak untuk meminta pembetulan data peribadi dan/atau maklumat anda yang dipegang oleh kami dengan notis yang munasabah dan membayar fi yang ditetapkan. Berkenaan dengan ini, anda boleh:
      i. meminta pembetulan dan/atau pengemaskinian data peribadi dan/atau maklumat anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini; dan
      ii. meminta untuk menyimpan data peribadi dan/atau maklumat anda untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Kausa 3 ini.
  c) Hak menghadkan pemprosesan data peribadi dan/atau maklumat anda
    • Anda berhak untuk menghadkan pemprosesan kami dengan data peribadi dan/atau maklumat anda dengan permohonan untuk menarik balik kebenaran anda sepenuhnya dalam setiap kes sebelum ini, termasuk tujuan untuk pemasaran langsung dan tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak dan dalam tempoh masa yang munasabah.

8. BUTIR-BUTIR HUBUNGAN
Jika anda ingin untuk melaksanakan hak-hak anda dalam Kausa 7 untuk membuat pertanyaan atau aduan mengenai data peribadi dan/atau maklumat anda, polisi, prosedur berhubung dengan pemprosesan data peribadi dan/atau maklumat anda, anda boleh menghubungi wakil yang berkenaan seperti berikut:
Nama : AIESEC in Malaysia
No Telephone : +603-78871624
Alamat e-mel : aiesecmalaysia@gmail.com
Alamat pos : Block E-51-2, Zenith Corporate Park, Jalan SS7/26, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

9. PENERIMAAN DAN KEBENARAN ANDA
Dengan terus menggunakan laman web kami di www.aiesec.my dan meneruskan hubungan anda dengan kami, anda dianggap menerima syarat-syarat polisi ini. Kami akan terus mengendalikan dan memproses data peribadi dan/atau maklumat anda menurut dasar ini melainkan kita mendengar sebaliknya daripada anda.

10. SEMAKAN DAN PINDAAN
Kami boleh menyemak semula , mengemas kini , mengubah atau meminda terma-terma polisi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada anda , dengan meletakkan versi terkini pada laman web. Dengan terus menggunakan laman web kami dan meneruskan hubungan anda dengan kami tanpa sebarang bantahan bertulis berikutan semakan, pengubahsuaian atau pindaan kepada polisi ini, anda menandakan penerimaan anda terhadap dasar ini. Anda digalakkan dan dinasihatkan untuk menyemak laman web kami secara tetap untuk mendapat maklumat bagi sebarang perubahan dan bagaimana kita membantu untuk melindungi maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Anda mengakui dan bersetuju bahawa ia adalah tanggungjawab anda untuk mengkaji semula dasar ini secara berkala dan menyedar berkaitan apa-apa pengubahsuaian.